suria

Dua Sahabat Ke Tali Gantung Kerana Edar Dadah

PULAU PINANG: Dua sahabat baik dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar pelbagai jenis dadah seberat 1,716.9 gram di sini tujuh tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Yaakob Md Sam menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes itu menimbulkan keraguan munasabah.

Tertuduh Ooi Chee Seong, 33; dan Yong Soon Lee, 31; dituduh mengedar dadah jenis heroin seberat 395.8 gram, monoacetylmorphine (296 gram), ketamin (972.3 gram) dan metafatamin (52.8 gram) di nombor C-27-09, E-Park Condominium, Jalan Batu Uban, pukul 4.45 petang 7 Oktober 2003.

Dalam penghakimannya Yaakob berkata hukuman itu adalah setimpal dengan kesalahan Ooi dan Yong memandangkan mereka tahu kesalahan membabitkan pengedaran dadah.

Ooi diwakili peguam bela Datuk V Sithambaram dan Dev Kumaraendran manakala Yong diwakili peguam bela Ashok Athimulan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya L.Uma Devi. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain