suria

Ketamine Dalam Kontena Makanan Dirampas Di Chennai

CHENNAI: Direktorat Perisikan Hasil (DRI) di lapangan terbang Chennai menumpaskan satu lagi cubaan menyeludup 14.5 kg ketamine ke Malaysia oleh seorang penumpang minggu lepas.

Pihak berkuasa DRI menahan seorang lelaki dari Illayangudi di Rameshwaram, Tamil Nadu, ketika dia ingin menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS), ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

"Berdasarkan risikan awal yang menyatakan dadah itu akan diseludup melalui lapangan terbang Chennai ke Malaysia, pegawai-pegawai DRI, Chennai, membuat pengawasan.

"Mereka mengesan penumpang yang disyaki itu, yang selepas mengambil pas untuk menaiki pesawat, bergerak ke kaunter Imigresen. Ketika itu, pegawai berkenaan menghampirinya dan merampas bagasinya yang telah didaftar masuk," kata ketua pengarah DRI, Chennai C.Rajan dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata ketamin terbabit diletakkan di dalam kontena makanan yang disembunyikan di dalam bagasi lelaki terbabit.

Berdasarkan siasatan, lelaki itu mengaku dua lelaki, dari Chennai, telah menyerahkan beg itu kepadanya di lapangan terbang.

Ketiga-tiga mereka mengaku penglibatan mereka dalam jenayah itu dan kini ditahan.

Dadah yang dirampas itu dianggar bernilai RM370, 000, kata DRI. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain