suria

Dua Pemancing Belum Ditemui, APMM Perluas Kawasan SAR

KUCHING: Dua pemancing, termasuk seorang usahawan hartanah berpangkat Datuk, belum lagi ditemui setelah dipercayai hilang ketika keluar di perairan Tanjung Datu dekat sini, sejak 23 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Kiong ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya masih giat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan unit udara polis dan marin selain dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Katanya, gerakan mencari Datuk Lee Chong Lin, 62, dan Gabriel Khoon, 63, masing-masing dari Kuching masih diteruskan.

Jurucakap APMM ketika dihubungi berkata, dua kapal APMM iaitu KM Sembilang dan KM Tabah kini giat melakukan SAR dari kawasan perairan di Tanjung Datu bersempadan dengan perairan Indonesia sehingga ke Tanjung Po dekat Muara Tebas.

Lee dan Khoon sepatutnya pulang ke jeti Kelab Bot Santubong pada 25 Jun lepas, namun gagal berbuat demikian dan anggota keluarga Lee membuat laporan kehilangan mereka di Balai Polis Santubong di sini pada Sabtu lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain