suria

Demam Penggiat Seni ‘Lobi’ Jawatan Pengarah

KALAU masyarakat di seluruh dunia tengah sibuk dengan demam Piala Dunia, segelintir penggiat seni kita juga tengah dilanda demam lain.

Bukan demam Piala Dunia atau demam cinta tapi demam melobi jawatan tertinggi dalam sebuah agensi kerajaan ni. Apa tu?

Biar Ad Lib huraikan dengan lebih mendalam supaya korang semua lebih faham apa benda yang Ad Lib berkias-kias ni.

Begini, menurut cerita teman Ad Lib, semua warga seni dah sedia maklum yang tempoh perkhidmatan sorang pengarah dalam sebuah agensi filem ni akan tamat tempoh menjelang Ogos depan.

Cukup tempoh dua tahun, akan muncullah pengarah baru bagi mengambil alih jawatan itu. Mengikut kebiasaannya, pihak kementerian yang mempertimbangkan sama ada untuk menyambung semula kontrak pengarah yang sedia ada atau pun pilih calon baru.

Bila penggiat-penggiat seni kita ni dapat tahu je berita tu, apa lagi ramai yang nak cuba nasib. Kata teman Ad Lib tu, ada beberapa orang penggiat seni siang-siang lagi dah bertindak untuk melobi.

Yang tak ada kena-mengena dengan agensi tu atau yang sekadar suam-suam kuku sumbangannya dalam industri ni pun sibuk juga nak memulakan langkah melobi.

Dalam ramai-ramai calon yang berangan nak cuba nasib tu, ada beberapa penggiat seni yang menarik perhatian teman Ad Lib. Katanya, kempen melobi yang sedang giat berlangsung menyaksikan orang kuat sebuah persatuan pekerja filem, anak kepada sorang tokoh filem veteran dan yang paling syok, turut disertai oleh seorang pengarah filem, pelawak dan pelakon popular tanah air.

Ha? Siapakah tiga calon utama yang teringin sangat nak merebut jawatan tu? Berdasarkan cerita teman tu, calon-calon syok sendiri ni dikatakan dah makin berani melancarkan kempen 'beli jiwa' secara terang-terangan pula akhir-akhir ni.

Babak-babak yang menyaksikan calon-calon menghimpit pihak yang sepatutnya makin galak dipertontonkan di hadapan staf agensi tu dan di kalangan penggiat seni yang lain, dengan harapan dapatlah melobi sikit apa yang patut, gitu!

Yang lucunya, menurut cerita-cerita yang tersebar, orang kuat sebuah persatuan filem ni dan anak tokoh filem veteran tu siap boleh gebang di merata tempat kononnya mereka dah pun hantar surat pada pak menteri untuk pertimbangan.

Tak cukup dengan dua calon tu, si pengarah yang juga berbakat sebagai pelakon, penyanyi, pelawak dan pemuzik ni pun tak nak kalah juga. Malah, versi melobinya lebih vass (hebat) lagi.

Kata teman Ad Lib tu, kalau dua calon lain tu kata mereka dah hantar surat, strategi si pengarah filem yang pernah menang beberapa anugerah ni lebih mantap lagi.

Si pengarah filem tu dah pukul canang kononnya dia dipanggil oleh pihak menteri untuk berbincang tentang jawatan besar tu.

Wow... kelasss pengarah filem tu ya? Korang ada menteri jemput untuk berbincang? Tak ada kan? Jangan main-main dengan penangan pengarah filem tu? Bukan sembarangan orang pihak menteri boleh layan tau.

Betul atau tidak dakwaan pengarah filem tu, teman Ad Lib mahupun Ad Lib sendiri pun tak pasti. Tapi kalau dah sampai gebang bertemu dengan menteri tu, macam dah propa (tipu) sangat je bunyinya, ek?

Entahlah, Ad Lib tak kuasa nak komen lebih-lebih, takut tersalah fakta, silap-silap haribulan bukan pengarah filem tu yang dipanggil tapi Ad Lib pula yang dipanggil menghadap nanti, tak pasal-pasal je kan?

Tapi bila diimbas kembali segala pencapaian dan usaha yang dilakukan pengarah agensi itu sekarang sepanjang berkhidmat, tak mustahil juga beliau akan disambung semula perkhidmatannya nanti. Hmm... kita tunggu dan lihatlah ya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain