suria

Anak-Anak Syed Kechik gagal Capai penyelesaian

KUALA LUMPUR: Anak-anak Allahyarham Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary gagal mencapai penyelesaian di luar mahkamah berhubung pentadbiran estetnya bernilai RM400 juta.

Pertikaian itu kini akan didengar oleh Mahkamah Tinggi pada 7 Julai.

Para peguam yang mewakili Syed Gamal dan dua adik perempuannya, Puan Sri Sharifah Zarah dan Sharifah Munira, melaporkan kegagalan adik beradik berkenaan mencapai persetujuan itu kepada Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Anantham Kasinather di dalam kamar hari ini.

Atan Mustaffa Yussof, peguam yang mewakili Syed Gamal, berkata mahkamah kemudian menetapkan 7 Julai untuk mendengar permohonan Syed Gamal untuk membatalkan saman pemula yang dikemukakan oleh kedua-dua adiknya itu terhadapnya.

Syed Gamal ialah anak lelaki tunggal Syed Kechik dengan isteri pertamanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain