suria

Nelayan Temui Mayat Wanita Reput

SHAH ALAM: Mayat seorang wanita yang terapung dalam keadaan reput ditemui oleh sekumpulan nelayan di Kampung Batu Laut, TanjungSepat, Kuala Langat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, ACP Nordin Manan, berkata nelayan itu dari kampung tersebut menjumpai mayat berkenaan pada pukul 3 petang dan polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

"Mayat itu tidak dapat dikenal pasti identitinya berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.

Sejurus selepas menemui mayat terbabit, kejadian itu dilaporkan kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan mayat dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Nordin berkata, siasatan akan dijalankan sama ada penemuan mayat itu ada kaitan dengan kejadian bot pancung karam di perairan Selat Melaka, kira-kira 12 batu nautika ke barat bandar Port Dickson pada 22 Jun lepas. - BERNAMA

Artikel Lain