Abdul Khalid Anggap Komplot Mahu Gulingkannya Hanya Spekulasi - Semasa | mStar

Abdul Khalid Anggap Komplot Mahu Gulingkannya Hanya Spekulasi

KUALA SELANGOR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan bahawa wujudnya sekumpulan 15 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyingkirkan beliau hanya satu spekulasi.

Menurutnya, hingga kini beliau tidak menerima apa-apa memorandum atau surat bantahan daripada mana-mana pihak yang menggesa supaya beliau berundur.

"Saya tak terima apa-apa memorandum daripada mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan surat hak milik tanah di Kampung Sungai Yu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan media hari ini yang mendakwa bahawa terdapat sekumpulan 15 Ahli Parlimen parti itu telah bersatu untuk menyingkirkannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Ditanya sekiranya ada pihak yang akan menghantar memorandum kepadanya bagi mendesak agar beliau melepaskan jawatannya, Abdul Khalid berkata: "Saya akan terima dan baca."

Isu wujudnya perbalahan di Selangor kembali timbul apabila Naib Presiden PKR, Azmin Ali bertindak melepaskan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Rabu lalu.

Dilaporkan antara sebab Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mengumumkan pengundurannya daripada PKNS kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan Abdul Khalid yang tidak merujuk kepada kepimpinan tertinggi PKR.

Diakatakan juga beliau turut tidak berpuas hati dengan keputusan Abdul Khalid melantik Faekah Husin sebagai Setiausaha Politiknya bagi menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Azmin Ali Pernah Tegur MB Selangor

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain