suria

Siling Kompleks Mahkamah Jalan Duta Runtuh Lagi

KUALA LUMPUR: Siling Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini sekali lagi runtuh dalam tempoh tiga tahun yang berpunca dari paip air pecah.

Pengarah kompleks berkenaan, Azizah Mahamud berkata, paip itu pecah ekoran tekanan air yang tinggi sehingga mengakibatkan sebahagian siling kafetaria dekat pejabat pos mini itu runtuh.

"Siling yang runtuh ialah di bahagian dalam dan luar pejabat pos yang terletak di aras bawah kompleks," katanya di sini semalam.

Difahamkan siling itu telah runtuh kelmarin dan dibaiki, bagaimanapun ia rosak sekali lagi pagi tadi.

Pada Mei 2007, dua siling mahkamah berukuran 1.48 meter persegi runtuh di sebuah bilik Mahkamah Sivil di kompleks itu yang baru sahaja dibuka pada ketika itu.

Kejadian itu berlaku selepas kejadian paip bocor dari siling sehingga kafetaria yang sama dibanjiri air di kompleks yang bernilai RM270 juta itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain