Pembangkang Cemburu Kejayaan PM Bangunkan Negara - Semasa | mStar

Pembangkang Cemburu Kejayaan PM Bangunkan Negara

PASIR MAS: Parti pembangkang sebenarnya cemburu dengan kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya membangunkan negara terutama memastikan golongan miskin terbela, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Awang Adek berkata, apa yang dilakukan Najib itu sebenarnya tidak mampu dilaksanakan pembangkang yang diberi peluang untuk memerintah beberapa buah negeri selepas pilihan raya umum lalu.

"Pembangkang cemburu dengan Perdana Menteri dan sebab itu sanggup menaburkan fitnah agar rakyat mempercayai dakyah-dakyah mereka itu untuk memburukkan kerajaan.

"Tetapi akhirnya percayalah rakyat akan membuat penilaian apa yang dilakukan pembangkang dan apa yang dilakukan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Klinik 1Malaysia Pasir Mas di sini hari ini.

Awang Adek berkata, pelancaran Program Amanah Saham Wawasan 2020-Bandar (ASW-2020-Bandar) yang dilancarkan Najib semalam dengan peruntukan RM100 juta turut menyerlahkan keperihatinan Perdana Menteri itu dalam membela golongan miskin yang bukan sahaja di pedalaman tetapi di bandar-bandar.

Katanya, program itu yang membabitkan semua kaum membuktikan keadilan dalam merasai nikmat pembangunan.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu juga yakin masyarakat yang satu ketika dahulu menolak kerajaan akan menerima semula BN dan ia akan dibuktikan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, rakyat Kelantan wajar berterima kasih kepada Najib yang banyak membantu membela nasib penduduk dengan terbaharunya melawat Kelantan baru-baru ini dan mengumumkan beberapa insentif membantu rakyat terutama kepada penduduk berbangsa Siam.

"Kata-kata Kelantan negeri kalah (kepada Barisan Nasional) dan tidak perlu dibantu sama sekali tidak benar sebaliknya banyak limpahan pembangunan dibawa untuk rakyat Kelantan," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain