suria

Warganegara Thai Ditahan Bersama 100 Gram Heroin Di Rantau Panjang

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki warganegara Thailand dan merampas kira-kira 100 gram heroin bermutu tinggi dianggar bernilai RM50,000 setelah menahan lelaki itu berdekatan satu pangkalan haram di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion Kesembilan, Supt Kamaruddin Yusoff berkata penahanan dibuat pukul 11 pagi sebaik lelaki berumur lingkungan awal 30-an itu memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan.

Ketika pemeriksaan dibuat ke atas lelaki itu, anggota PGA menemui satu bungkusan yang mengandungi dadah jenis heroin daripada lelaki itu, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata lelaki terbabit termasuk dadah itu kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata lelaki itu boleh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1959 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

"Ini merupakan rampasan terbesar setakat ini yang pernah dibuat oleh PGA dan gerakan pemantauan ditingkatkan bagi memastikan tidak berlaku penyeludupan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain