suria

Tukang Masak Dan Ah Long Disyaki Bookie Piala Dunia Ditahan

JOHOR BAHARU: Dua lelaki ditahan dalam satu serbuan di Taman Melodi semalam kerana dipercayai menjadi bookie pertaruhan Piala Dunia 2010.

Kedua-dua lelaki tersebut yang berusia dalam lingkungan 20an masing-masing terdiri sebagai tukang masak dan peminjam wang haram (ah long) ditahan di sebuah pejabat kecil yang tersorok di bahagian belakang sebuah restoran di kawasan perumahan tersebut.

Supt Maszely Minhad dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman, yang mengetuai operasi itu, berkata bahawa semasa serbuan pasukan seramai lapan orang itu menjumpai beberapa dokumen termasuk nota yang menunjukkan pertaruhan antara RM20 dan RM3,000.

Polis merampas wang tunai RM12,083, dua komputer dan lima telefon bimbit.

"Pemilik restoran itu turut ditahan bagi membantu siasatan," kata Maszely. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain