suria

Lebih 40 NGO Serah Memorandum Kepada PM Bantah Lesen Judi

PUTRAJAYA: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), yang diwakili lebih 40 badan bukan kerajaan (NGO) dan individu, hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mendesak kerajaan supaya tidak memperbaharui atau meluluskan sebarang lesen judi di negara ini.

Penyerahan memorandum itu, yang diketuai Pengerusi GMJ, Mohd Azmi Abdul Hamid, diterima oleh Penolong Setiausaha Pejabat Perdana Menteri, Nasrul Hakim Jamaludin di luar Bangunan Putra Perdana di sini, kira-kira 3.30 petang.

Mohd Azmi berkata GMJ, yang merupakan pertubuhan mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama, mendesak kerajaan supaya sebarang lesen judi termasuk judi sukan yang telah dikeluarkan, dibatalkan.

Beliau berkata GMJ membantah perkara itu kerana judi akan hanya menyebabkan kesan yang negatif kepada masyarakat.

"Kami membuat pendirian tidak setuju dengan sebarang lesen judi. Semua bangsa dan agama menolak judi," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain