suria

Kerajaan Tidak Pernah Janjikan Projek Semasa Kempen Pilihan Raya Kecil - PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah menjanjikan program atau projek kepada rakyat semasa kempen pilihan raya kecil di seluruh negara termasuk di Parlimen Sibu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata program yang dilaksanakan di kawasan pilihan raya kecil Sibu merupakan program yang telah dirancang oleh kerajaan terlebih dahulu sebelum pilihan raya kecil tersebut diadakan sama seperti di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) lain di seluruh negara.

"Bagi pilihan raya kecil Sibu, kerajaan telah meluluskan 107 program atau projek bernilai RM37.7 juta untuk dilaksanakan di seluruh kawasan Parlimen berkenaan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wong Ho Leng (DAP-Sibu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata peruntukan itu meliputi program atau projek berbentuk fizikal, sumbangan atau bantuan dan program kemasyarakatan.

Wong ingin tahu jumlah peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada Sibu sepanjang kempen pilihan raya kecil Sibu yang berakhir pada 16 Mei lalu dan jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam kempen pilihan raya berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain