suria

APMM Dan Kastam Patahkan Cubaan Seludup Rokok Bernilai RM250,000

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Kastam Diraja Malaysia mematahkan cubaan menyeludup rokok bebas cukai dari Labuan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam operasi bersepadu di Sungai Kinanap awal pagi semalam.

Serbuan pada pukul 4 pagi berhampiran jeti Menumbok itu dibuat ketika sekumpulan suspek sedang memunggah barangan terbabit dari bot ke dalam kenderaan darat.

Ketua Penguatkuasa Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Taha Ibrahim berkata kesemua suspek terbabit bagaimanapun melarikan diri dengan bot yang diguna untuk menyeludup.

"Kami berjaya menahan dua van dan sebuah Land Cruiser yang diguna untuk memunggah masuk rokok seludup. Kami menemui 2,450 karton rokok pelbagai jenis di dalam kenderaan itu.

"Nilai rampasan termasuk cukai dianggar RM250,000," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain