suria

Tian Chua Masih Ahli Parlimen Batu: Pandikar Amin

KUALA LUMPUR: Tian Chua masih lagi seorang Ahli Parlimen Batu yang sah sehingga satu usul diluluskan di Dewan Rakyat untuk membatalkan statusnya, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

Bagaimanapun Pandikar memberitahu, usul itu hanya akan dibawa selepas Chua menggunakan semua ruang yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Ia termasuklah tempoh membuat rayuan dalam 14 hari seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Sehingga beliau membayangkan enggan membuat rayuan atas alasan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha Khamis lalu sangat jelas membolehkannya mengekalkan kerusi tersebut.

Chua juga telah bertemu Pandikar di kamarnya bagi menjelaskan kedudukannya.

Hakim Ghazali hari ini yang memutuskan tidak ada keperluan untuk menyemak semula penghakimannya untuk mengurangkan hukuman denda RM2,000 ke atas Tian Chua.

Beliau memaklumkan kepada peguam yang mewakili Ahli Parlimen Batu itu, Ranjit Singh bahawa beliau mahu mengelakkan pilihan raya kecil diadakan.

Beliau bagaimanapun mengekalkan keputusan mendenda Tian Chua RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis tiga tahun lalu.

Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara jika antara lain beliau dikenakan penjara oleh mahkamah tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.

Peguam Chua, Ranjit Singh memberitahu wartawan, Hakim Ghazali kini telah tiada bidang kuasa mengenai perkara itu sebagai penghakiman telah pun dibuat.

"Sebaik sahaja penghakiman telah dihantar, tidak apa boleh dilakukan lagi," katanya selepas bermesyuarat selama 15 minit dengan hakim itu.

Bagaimanapun, Ranjit berkata, sesiapa yang mempunyai pandangan berbeza mengenai kes itu, mereka boleh memulakan tindakan dan mencabar keputusan itu.

“Tetapi dia (Tian Chua) tidak dibatalkan sebagai berdasarkan satu penghakiman Mahkamah Agong 1993. Kedudukan Tian Chua adalah sekeras 'batu'," katanya penghakiman ditafsir sebagai “tidak kurang daripada lima tahun” untuk bermakna lebih daripada lima tahun.

Ranjit menambah bahawa walaupun seorang peguam dihormati dan veteran mempunyai satu pandangan bertentangan, Perkara 48 memang benar ada “bukan sejelas seperti sepatutnya”.

Sementara itu, ketika ditemui media, Tian Chua berkata beliau masih seorang Ahli Parlimen Batu.

"Setakat ini tiada siapa yang mencabar keputusan mahkamah," katanya, menambah bahawa tiada sesiapa juga memberitahunya untuk mengosongkan kerusi itu.

“Pendapat yang sah di sisi undang-undang mengenai perkara itu telah diberikan oleh banyak pihak tetapi semua orang adalah berhak dengan idea mereka sendiri,” katanya yang diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad, Razlan Hadri dan Jason Tay.

Turut hadir adalah Timbalan Pendakwa Rayan Mohd Hanafiah Zakaria dan Lee Keng Fatt semasa pendakwaan.

Terdahulu, pada 22 Oktober tahun lepas, Tian Chua, atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 46, telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga enam bulan dan didenda RM3,000 oleh majistret Mohd Faizi Che Abu kerana kesalahan mengigit seorang anggota polis.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan satu penggantungan pelaksanaan hukuman ke atasnya dilakukan sementara menunggu rayuan.

Artikel Lain