suria

Polis Sahkan Kematian Pelajar Perempuan Kerana Keguguran

KOTA BARU: Polis Kelantan Selasa mengesahkan kematian seorang pelajar perempuan di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan di sini semalam adalah kerana keguguran.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata berdasarkan laporan bedah siasat, polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian itu, dan kes itu kekal diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

"Bagaimanapun punca sebenar kematian seperti dakwaan kononnya mangsa menelan terlalu banyak pil atau sebagainya itu tidak dapat disahkan kerana siasatan polis di tempat kejadian tidak menemui sebarang pil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (I) itu ditemui mati di sebuah bilik penginapan, dipercayai akibat pendarahan berlebihan kerana keguguran. - BERNAMA

Artikel Lain