Mansuh UPSR, PMR: MCA Nyata Pendirian Minggu Depan - Semasa | mStar

Mansuh UPSR, PMR: MCA Nyata Pendirian Minggu Depan

MELAKA: MCA akan menyatakan pendirian terhadap cadangan untuk memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada minggu depan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat parti itu pada minggu depan.

"Selepas mesyuarat berkenaan, kita (MCA) akan sampaikan maklum balasnya kepada Menteri Pelajaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung MCA bahagian Tangga Batu di sini malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa peperiksaan UPSR dan PMR mungkin dimansuhkan sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk menstruktur semula sistem pembelajaran yang dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan dan gagal menyediakan pendidikan holistik.

Bagaimanapun secara peribadi, Dr Chua berkata, Kementerian Pelajaran perlu mendapatkan maklum balas berhubung cadangan tersebut daripada pelbagai masyarakat supaya ia mencerminkan hasrat rakyat Malaysia. Beliau berkata, kajian juga perlu dilakukan terhadap sistem pendidikan kerana pihak majikan mendakwa standard pendidikan negara semakin menurun.

"Jadi adalah penting kita kaji, mungkin kita mansuhkan PMR, pada pandangan peribadi saya UPSR masih penting kerana ia merupakan penilaian terhadap seorang murid selepas enam tahun di sekolah," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut