suria

Wajibkan Aspek Keselamatan Di Tempat Kerja - MTUC

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan agar mewajibkan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja di semua industri untuk mencapai tahap sifar kemalangan industri negara.

Naib Presidennya, A. Balasubramaniam berkata, undang-undang keselamatan dan kesihatan ketika ini hanyalah peraturan dalaman dan oleh kerana itu banyak syarikat tidak mengambil berat untuk memberikan perhatian terhadap aspek tersebut.

Sebagai contoh, katanya, sesetengah pekerja tidak dibekalkan dengan topi keledar keselamatan atau tidak memasang tali pinggang bagi pekerja yang bekerja di bangunan tinggi.

Pekerja juga tidak diajar tentang langkah berjaga-jaga yang harus diambil apabila bekerja di tempat berbahaya, yang boleh mengakibatkan kemalangan, katanya.

Statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan sebanyak 56,339 kes dilaporkan pada 2007, katanya dan menambah jumlah itu adalah tinggi jika dibandingkan dengan bilangan pekerja di negara ini.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) untuk meningkatkan penguatkuasaan dan pendidikan kepada majikan dan pekerja untuk mengelakkan kemalangan. - BERNAMA

Artikel Lain