Peniaga Bebas Tuduhan Hantar Komen Hina Sultan - Semasa | mStar

Peniaga Bebas Tuduhan Hantar Komen Hina Sultan

KUALA LUMPUR: Selepas empat hari dibicarakan, seorang peniaga hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan iaitu menghantar komen yang bersifat jelek terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui portal di internet.

Hakim Komathy Suppiah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi yang memanggil 10 saksi, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muslim Ahmad, 54.

Muslim yang menghadapi tiga pertuduhan pindaan menghantar komen yang jelek sifatnya melalui portal negeri iaitu www.perak.gov.my.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 2.21 petang, 7 Februari tahun lepas. Dia juga didakwa melakukan kesalahan sama pada pukul 2.27 petang hari yang sama, dan bagi pertuduhan ketiga dia didakwa melakukan kesalahan sama pada pukul 4.39 petang, 8 Februari tahun lepas.

Bapa kepada empat orang anak itu, didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di alamat No. 1, Jalan 5/26, Taman Sri Rampai, Setapak, di sini.

Muslim, diwakili peguam K. Periasamy dan N.Nathan, didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Komathy, dalam penghakimannya berkata berdasarkan keterangan daripada saksi pendakwaan ke sembilan iaitu, Pengurus Bahagian Forensik Digital, Cybersekuriti, Mohd Zabril Adil Talib, 31, gagal menunjukkan ada kaitan atau persamaan antara masa komen yang dihantar dengan masa Muslim mengakses internet.

Selain itu, hakim berkata biarpun defendan seorang suspek dalam kes berkenaan berikutan alamat pengguna Internet Protokol (IP) yang digunakan miliknya namun secara amnya sesiapa saja boleh menggunakan alamat IP yang sama untuk mengakses internet.

"Ia menunjukkan ada kemungkinan terdapat orang lain menggunakan alamat IP yang sama digunakan oleh defendan," kata Komathy kepada Muslim yang dilihat begitu gembira. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain