suria

Pembangunan Komersial Penjara Pudu Akan Bermula Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Penjara Pudu, yang bakal menyaksikan temboknya sepanjang 394 meter di sepanjang Jalan Pudu bakal dirobohkan malam ini akan dibangunkan dalam tiga fasa bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, proses pembangunan itu akan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun.

Projek pembangunan tapak kompleks Penjara Pudu itu akan dilaksanakan UDA Holdings Berhad (UDA) - yang mengandungi pembangunan bercampur - 40 peratus untuk penempatan dan 60 peratus unit komersial termasuk hotel bertaraf lima bintang.

Penjara Pudu terletak di Jalan Hang Tuah dibina pada tahun 1891 di tanah seluas 10 hektar. Pembinaanya dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok Penjara Pudu sepanjang 300 meter akan dirobohkan tepat 10 malam ini bagi membolehkan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu dilakukan.

Penjara Pudu telah ditutup secara rasmi pada tahun 1996 apabila penjara baru di Sungai Buloh siap.

Artikel Lain