suria

Lelaki Ditahan Kerana Judi Haram Bola Sepak

TEMERLOH: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mengendalikan pertaruhan bola sepak Piala Dunia secara online di sebuah rumah di Kampung Baru, Mentakab, malam tadi.

Dalam serbuan pukul 10.30 malam tadi, suspek berusia 48 tahun itu dipercayai mengendalikan pertaruhan haram memcecah RM25,000 setiap hari sejak Piala Dunia bermula di Afrika Selatan 11 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed memberitahu pemberita hari ini polis turut merampas wang tunai sebanyak RM3,065, sebuah laptop, buku nota nama-nama pelanggan, telefon bimbit dan kertas-kertas putih turut pertaruhan.

"Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM200,000 atau penjara lima tahun," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain