suria

Suspek Kes Ragut Ditahan Di Balik Pulau

BALIK PULAU: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam satu kejadian ragut dan mencederakan seorang pemilik kedai runcit di Permatang Damar Laut pada 7 Jun lepas ditahan polis kediamannya di Sungai Ara, di sini.

Timbalan Ketua Polis Balik Pulau Supt Lai Fah Hin berkata suspek yang berusia awal 20an itu diberkas Rabu lepas setelah polis melancarkan gerakan besar-besaran memburunya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini beliau berkata suspek sudah ditahan reman dan akan disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 7 Jun lepas seorang pemilik kedai Loke Mei Ling, 52, ditikam di bahagian badannya oleh seorang lelaki, sebelum suspek lari dan menghilangkan diri di kawasan hutan paya berhampiran apabila dikejar oleh beberapa penduduk kawasan berkenaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain