suria

Pemimpin Komponen BN Harus Beri Perhatian Seruan PM - Muhyiddin

MUAR: Seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) berhenti bertelagah secara terbuka harus diberi perhatian utama, kata timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya pelbagai langkah perlu diatur segera untuk membaiki kelemahan jika ada perpecahan dan keadaan berpuak-puak di dalam parti, kerana masalah begini akan hanya menjejaskan kewibawaan dan keberkesanan BN.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini beliau berkata pemimpin parti komponen BN sekarang perlu bersikap lebih "offensive" terhadap pembangkang yang sentiasa menyebarkan pelbagai pembohongan dan fitnah mengenai kerajaan.

Menurutnya pembohongan atau fitnah itu kadang kala boleh memperdayakan rakyat dan itu adalah satu ancaman yang tidak boleh diabaikan.

Muhyiddin berkata pembangkang mempunyai rancangan untuk menumbangkan kerajaan dan akan cuba buat pelbagai strategi untuk mencapai matlamat mereka. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain