Tiga Maut, 11 Cedera Dalam Dua Kemalangan Di Lebuhraya Utara-Selatan - Semasa | mStar

Tiga Maut, 11 Cedera Dalam Dua Kemalangan Di Lebuhraya Utara-Selatan

KUALA LUMPUR: Tiga termasuk dua beranak maut manakala 11 orang lagi cedera apabila terbabit dalam dua kemalangan di KM416 dan KM418 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kuala Kubu Baru di sini, pagi ini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor Supt Che Hussin Omar berkata mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu bas ekspres Mohd Jamal Ahmad, 44, dan penumpang kereta Proton Persona Roslawati Hassan, 43, serta anak bongsunya Mohd Faiz Haikal, 1.

Beliau berkata kedua-dua kemalangan yang berlaku selang setengah jam itu, telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang satu kilometer di antara kedua-dua lokasi nahas.

Katanya kemalangan pertama berlaku di KM416, membabitkan sebuah bas ekspres yang membawa 15 penumpang ke Kuala Lumpur.

"Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, bas berkenaan dikatakan gagal dikawal lalu terbabas sebelum melanggar tebing (yang menghadang tanah dari runtuh) dan terseret kira-kira 100 meter dari tempat kejadian," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pemandunya Mohd Jamal, dari Sungai Petani, Kedah, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian, manakala tujuh penumpang bas berkenaan mengalami kecederaan.

Jenazah Mohd Jamal dihantar ke Hospital Slim River, Perak, untuk bedah siasat manakala penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB).

Che Hussin berkata kemalangan kedua pula membabitkan sebuah lori tanker dan sebuah kereta Proton Persona yang dinaiki enam sekeluarga.

Beliau berkata nahas itu berlaku selepas lori tanker yang membawa simen itu terbabas sehingga memasuki laluan bertentangan dan dilanggar kereta berkenaan sebelum ia (lori tanker) jatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 kaki.

Penumpang kereta Roslawati dan Mohd Faiz cedera parah dan meninggal di tempat kejadian, manakala pemandu lori pula tersepit di tempat duduknya.

Che Hussin berkata jenazah Roslawati dan anaknya dihantar ke Hospital KKB, sementara suami dan tiga lagi anaknya serta pemandu lori kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain