suria

Orang Melayu Perlu Ubah Cara Pemikiran

KUALA LUMPUR: Orang Melayu perlu mengubah cara pemikiran mereka supaya selari dengan matlamat Wawasan 2020 yang merangkumi kemajuan dalam pendidikan, perniagaan, perpaduan, politik dan kepimpinan.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata mereka juga harus tajam pemikiran dan mempunyai daya saing tinggi dalam merebut peluang untuk mencapai kejayaan.

"Cara pemikiran dan perubahan sikap harus dilakukan orang Melayu supaya mereka lebih berfikiran terbuka dan berdaya saing," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Wangsa Maju di sini, hari ini.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pendidikan adalah asas bagi semua perkara yang boleh memandu orang Melayu kepada kemajuan.

"Tanpa ilmu, kita tidak boleh mengubah masyarakat dengan cepat," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain