suria

Hishammuddin Jamin Keselamatan Negara Terjamin

KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan bahawa keselamatan negara adalah terkawal dan pasukan keselamatan sentiasa memantau setiap ancaman daripada kumpulan-kumpulan pengganas, kata menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurutnya, polis dan pasukan khas keganasannya menjalin hubungan antarabangsa dengan Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI), badan risikan Australia dan negara Timur Tengah dalam usaha pemantauannya.

"Saya hendak memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan negara kita adalah selamat dan kedudukan keselamatan adalah terkawal. Kita memantau (ancaman keganasan) setiap hari, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun untuk memastikan negara kita selamat," katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Wanita Umno Bahagian Semberong di Taman Sri Lambak yang disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Wanita Umno.

Hishammuddin yang juga Ketua Umno Bahagian Semberong mengulas tentang ancaman pengganas yang mahu menyerang beberapa rumah ibadat di Selangor dan Pulau Pinang sebagaimana yang didedahkan oleh media baru-baru ini. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain