suria

7 Julai Cuti Umum Di Pulau Pinang

GEORGETOWN: 7 Julai depan merupakan cuti umum bagi Pulau Pinang bagi memperingati hari perisytiharan bandaraya Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 2008.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman berkata cuti umum yang baru bagi negeri itu telah diwartakan oleh kerajaan negeri pada 17 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, di bawah Seksyen 60D (1) (a) Akta Pekerjaan 1955 ia bukanlah 'cuti berbayar' melainkan majikan memutuskan untuk mengikut Seksyen 60D (1A) akta tersebut.

"walaupun cuti umum ini tidak diwajibkan, kerajaan negeri berharap agar semua majikan akan memberi kerjasama bagi membolehkan pekerja-pekerja mereka meraikannya," kata Zainal dalam satu kenyataan media.

Artikel Berikut

Artikel Lain