suria

Tuanku Mizan Terima Menghadap Perpisahan Pesuruhjaya Tinggi Brunei

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia Pehin Datu Lailaraja Mej Jen Dato Paduka Seri Awang Halbi yang telah dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri Brunei.

Majlis berlangsung di Istana Negara di sini.

Awang Halbi, 54, yang mula berkhidmat di Malaysia pada 25 Mac tahun ini, dilantik ke jawatan barunya itu pada 29 Mei lepas.

Sebelum itu, beliau merupakan Panglima Angkatan Tentera Brunei. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain