suria

Lelaki Warga Turki Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh

PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai warga Turki ditemui dalam keadaan terlentang dengan kesan kecederaan di muka dan kepala dipercayai dibunuh menggunakan objek tajam.

Mayat Hakan Sinar, 29, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan kira-kira 1 tengah hari ini di tingkat 6, Digital Mall di Subang Jaya, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu dibunuh dengan menggunakan objek tajam berikutan kecederaan parah pada bahagian muka dan kepala.

Mangsa yang baru tiga hari berada di Malaysia, datang ke pasar raya itu dipercayai untuk berjumpa dengan rakannya, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain