suria

Penjual Sayur Warga Myanmar Mati Ditetak

KUALA LUMPUR: Seorang penjual sayur warga Myanmar ditemui mati dengan tetakan di belakang kepala, leher dan tangan di lorong belakang sebuah kedai makan di Bandar Baru Utara, Selayang di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata menurut saksi, kejadian berlaku kira-kira 5.30 pagi apabila mangsa, 35, diserang oleh dua lelaki Myanmar yang bersenjatakan parang di lorong itu.

"Mangsa dikenali sebagai Maungmau yang mempunyai pas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan bekerja sebagai penjual sayur di Pasar Borong Selayang," katanya.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian adalah kerana berebut tapak niaga namun siasatan masih lagi dijalankan bagi mengesan suspek. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain