Peniaga P. Pinang Mengadu Sukar Dapat Bekalan Gula - Semasa | mStar

Peniaga P. Pinang Mengadu Sukar Dapat Bekalan Gula

PULAU PINANG: Beberapa peniaga kedai runcit di sini mendakwa mereka masih menghadapi masalah mendapat bekalan gula yang mencukupi sehingga menjejaskan perniagaan mereka.

Ahmad Nordin, pemilik OPK Nordin Store di Pulau Tikus di sini berkata, beliau hanya mendapat bekalan 24 kilogram sehari berbanding 48 kilogram sebelum ini, dan ini tidak mencukupi.

"Pada pagi sahaja sudah habis dijual dan bila saya tanya pemborong, mereka beritahu bekalan gula tidak mencukupi," katanya.

Ahmad berkata, beliau sering dimarahi pelanggannya yang kebanyakannya terdiri penjaja dan peniaga makanan dan ada yang menuduhnya cuba menyorok bekalan itu.

"Jika tidak mendapat bekalan gula, mereka juga tidak mahu membeli barangan lain di kedai saya," katanya. ' LAGI

Seorang peniaga kedai minum, Hassan Othuman, berkata beliau terpaksa berebut dengan peniaga lain untuk membeli gula di kawasan itu kerana bekalan gula akan habis menjelang tengah hari.

"Jika kita lewat membeli gula, kita tidak boleh jual air lagi kerana gula telah habis di kedai, saya pun hairan kenapa boleh jadi begini," katanya.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi Pulau Pinang, M.Gunaselan ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan berkenaan.

"Dari pemantauan dan penguatkuasaan yang dilakukan setiap hari, kita dapati tiada sebarang masalah atau kes berkaitan gula di negeri ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain