Pecah Tembelang: DAP Buat Aku Janji Wakil Rakyat Keluar Parti Perlu Bayar Ganti Rugi RM5 Juta - Semasa | mStar

Pecah Tembelang: DAP Buat Aku Janji Wakil Rakyat Keluar Parti Perlu Bayar Ganti Rugi RM5 Juta

KUALA LUMPUR: DAP Perak mahu menguatkuasakan perjanjian yang ditandatangani semua wakil rakyatnya ketika pilihan raya umum 2008 yang menuntut mereka membayar ganti rugi RM5 juta jika keluar parti.

Pengerusinya Ngeh Koo Ham berkata, keputusan itu dibuat berikutan seorang lagi wakilnya iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshwinder Singh, bertindak menjadi wakil Bebas dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) semalam.

"Kami telah memutuskan untuk menguatkuasakan kontrak yang ditandatangani antara wakil rakyat dan parti ketika mereka dipilih menjadi calon dulu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Keshwinder adalah wakil rakyat DAP Perak yang kedua berbuat demikian selepas ADUN Jelapang Hee Yit Foong.

Mengulas lanjut, Ngeh berkata kedua-dua wakil rakyat tersebut turut menandatangani perjanjian itu yang antara lain menyatakan mereka yang menyertai parti lain harus meletak jawatan dan membayar ganti rugi RM5 juta kepada DAP.

Bagaimanapun katanya, keputusan akhir sama ada tindakan undang-undang akan diambil ke atas kedua-dua wakil rakyat itu akan dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat parti pada 28 Jun nanti.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun berkata apa juga perjanjian yang menyekat wakil rakyat keluar parti adalah tidak sah dan terbatal.

Ini kerana, katanya tindakan itu menyalahi Akta Kontrak 1950 dan bercanggah dengan peruntukan Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berpersatuan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain