RMK-10 Letak Kepentingan Bagi Pembangunan Luar Bandar: Najib - Semasa | mStar

RMK-10 Letak Kepentingan Bagi Pembangunan Luar Bandar: Najib

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menumpukan usaha bagi membangunkan kawasan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, pada masa ini, 7.1 peratus penduduk luar bandar hidup di bawah garis kemiskinan dan keadaan ini tidak boleh berterusan.

"Kekurangan seperti ini perlu dirapatkan agar supaya rakyat Malaysia daripada pelbagai etnik dan kelompok budaya di kawasan yang belum dibangunkan dapat menikmati taraf kehidupan yang lebih baik. Rancangan Malaysia Kesepuluh berharap dapat menjamin itu semua.

"Dalam Rancangan tersebut yang telah saya umumkan minggu sudah, saya telah menyatakan tujuan kerajaan adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan pendapatan bagi semua rakyat Malaysia, termasuk penduduk luar bandar, dalam tempoh lima tahun yang akan datang," katanya dalam laman blognya www.1malaysia.com.my hari ini.

Najib berkata, daripada pendekatan pembangunan seimbang yang mana projek diagih-agihkan ke seluruh negeri dan daerah secara sama rata, sebaliknya tumpuan diberikan kepada pembangunan berkelompok yang akan membolehkan sumber-sumber yang diperuntukkan dan potensi setiap kawasan dimaksimumkan dengan lebih efisien dan strategik.

"Pembangunan berkelompok paling baik dipacu oleh perkongsian antara pihak awam dan swasta, yang mana ini juga ditonjolkan dalam RMK-10. Projek seharusnya dilaksanakan di kawasan-kawasan yang dapat memberikannya keuntungan yang maksumum.

"Bandar-bandar dan pekan-pekan utama akan dibangunkan berdasarkan kepada kelebihan berbanding yang dipunyainya," katanya.

Beliau berkata, program-program dan projek-projek pembangunan ini mesti diintegrasikan ekonomi dan sosialnya dengan sub bandar atau kawasan pinggir bandar, yang mana ini pula akan disesuaikan dengan sistem penghubung ke kampung-kampung di sekeliling kawasan-kawasan pinggir bandar ini.

Najib juga berkata, program tinjauan mesra rakyat memberikan beliau peluang untuk memerhatikan kedua-dua masyarakat bandar dan luar bandar dengan lebih dekat lagi disamping dapat berinteraksi dengan rakyat daripada pelbagai latar belakang.

"Jelas sekali kepada saya semasa tinjauan mesra ini wujud perbezaan yang amat ketara sekali dalam cara hidup kita dan dengan cara kita ke sana ke mari. Lebih daripada sekali saya diingatkan bahawa kemudahan asas yang kadang kala dianggap mudah di pekan-pekan dan di bandar-bandar, seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya, masih belum didapati di kampung-kanpung di luar bandar. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Ribut Rosakkan 18 Rumah Di Bagan Datoh

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain