Pembelian Kereta Perisai APC Buatan Tempatan Untungkan Negara - Semasa | mStar

Pembelian Kereta Perisai APC Buatan Tempatan Untungkan Negara

KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan untuk membeli 257 unit kenderaan pembawa anggota (APC) beroda 8X8 daripada syarikat tempatan, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech), bakal menguntungkan negara daripada segi pembangunan industri pertahanan tempatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasrat itu selari dengan objektif kerajaan yang mahu melihat keupayaan dan kepakaran syarikat-syarikat pertahanan tempatan untuk terus berkembang maju.

Beliau berkata, teknologi dan sistem-sistem yang dibangunkan oleh syarikat lain sebelum ini juga akan dapat digunakan dalam pembinaan dan pembuatan APC itu.

"Dalam merundingkan harga perolehan APC ini, Kementerian Pertahanan akan memastikan harga yang dimuktamadkan nanti benar-benar menguntungkan kerajaan tanpa berkompromi dalam spesifikasi kenderaan dan sistem dibekalkan," katanya menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamed Azmin ingin tahu mengenai senarai terperici pembekalan kelengkapan ketenteraan bernilai RM8 bilion oleh Deftech kepada kerajaan dan rasional pemilihan syarikat berkenaan dalam projek itu.

Ahmad Zahid berkata, pemilihan Deftech bagi pembekalan itu masih belum muktamad memandangkan kerajaan baru menghantar Surat Niat kepada syarikat berkenaan manakala harga pembekalan tersebut masih di peringkat rundingan.

Beliau berkata, pemilihan Deftech dilakukan secara rundingan terus berdasarkan kepakaran syarikat dalam pembangunan kereta perisai khususnya kereta perisai Adnan ACV 300 yang kini digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Harga permulaan yang ditawarkan pihak syarikat adalah RM7.983 juta (hampir RM8 bilion). Harganya antara lain akan turut mengambil kira kos pembinaan fasiliti baru serta pembelian peralatan bagi membangunkan kenderaan, pemindahan teknologi serta perolehan Hak Harta Intelek," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain