suria

Dua Pekerja Binaan Bangladesh Yang Terbunuh Dikenal Pasti

IPOH: Dua pekerja binaan warga Bangladesh yang terbunuh selepas tertimbus tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Jalan Raja Nazrin Shah di sini semalam telah dikenal pasti.

Ketua Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritendan (DSP) Mohd Rodzi Rajab berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian kira kira jam 4.20 petang itu ialah Abdul Hannan berumur lingkunan 20-an dan Md Fakrul Md Abdul, 30-an.

Mayat Abdul Hannan ditemui kira kira jam 6.22 petang semalam manakala mayat Md Fakrul ditemui kira kira jam 2 pagi tadi, katanya.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan dituntut oleh majikan mereka sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka.

Kedua-dua mangsa dikatakan sedang melakukan kerja-kerja menanam cerucuk di tepi tebing di tapak itu sebelum tebing berkenaan runtuh dan menimbus kedua-duanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain