suria

Dewan Tertinggi BN Akan Bincang Post Mortem

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini dijangka membincangkan prestasi gabungan itu dalam pilihan raya kecil parlimen Sibu dan Hulu Selangor baru-baru ini.

BN berjaya merampas kerusi Hulu Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil 25 April tetapi kehilangan kubu kuatnya di Sibu, Sarawak kepada DAP pada pilihan raya 16 Mei.

Setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bila dihubungi enggan memberikan sebarang butiran kecuali berkata "mesyuarat berkemungkinan membincangkan perkara itu (pilihan raya kecil)".

Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN, dijangka bermula pada 8.30 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain