Bakke Salleh Dilantik Terajui Sime Darby - Semasa | mStar

Bakke Salleh Dilantik Terajui Sime Darby

MOHD. BAKKE SALLEH
MOHD. BAKKE SALLEH

KUALA LUMPUR: Syarikat perladangan terbesar dunia, Sime Darby Berhad semalam melantik Datuk Mohd Bakke Salleh sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) dan presiden kumpulan itu yang baru - genap sebulan selepas mereka mengarahkan bekas CEO, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, bercuti sehingga kontraknya berakhir 26 November depan.

Sime Darby dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam berkata, perlantikan itu berkuatkuasa sebaik sahaja ia boleh dilaksanakan.

Mohd Bakke, 56, menurut kenyataan itu, telah dipilih berikutan kepakaran dan pengalamannya.

Mohd Bakke, yang berkhidmat sebagai Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (Felda Global), telah membuktikan kebolehannya menguruskan syarikat-syarikat besar, aktiviti pengstrukturan semula korporat dan kepakaran pengurusan dalam industri perladangan dan harta, katanya.

Beliau juga dipandang tinggi dalam sektor korporat.

Sebelum perlantikannya dalam Felda Global, Mohd Bakke berkhidmat dalam pelbagai kapasiti dengan beberapa syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Felda Holdings Bhd, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Haji dan juga Pengarah Bahagian Harta Pengurusan Danaharta Bhd.

Sime Darby berkata ia akan membuat pengumuman selanjutnya sebaik sahaja perlantikan Mohd Bakke dilaksanakan.

Sebulan yang lalu, lembaga pengarah Sime Darby Bhd, mengarah Ahmad Zubir bercuti selepas syarikat perladangan senaraian awam terbesar dunia itu mengalami kerugian dianggar mencecah RM1.63 bilion.

Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam, berkata Lembaga Pengarah kumpulan itu memandang serius implikasi kerugian berkenaan yang disebabkan lebihan kos dan kelewatan pelaksanaan tiga projek minyak dan gas di Qatar serta pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun.

Jawatankuasa Pencalonan Lembaga Pengarah telah ditugaskan untuk mencari calon bagi mengisi jawatan yang dikosongkan Ahmad Zubir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bank Negara Umum Pelantikan Baharu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain