suria

Syabas Lancar Operasi Potong Bekalan Air Bil Tertunggak Mulai Rabu

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan melancarkan operasi memotong bekalan air bagi bil yang tertunggak di sekitar Lembah Klang bermula Rabu sehingga akhir bulan ini.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata, kawasan yang terlibat ialah Kuala Lumpur, Petaling, Gombak dan Hulu Langat.

Selain bekalan dipotong, pengguna terbabit juga dikenakan caj RM50 bagi kos pemotongan selain dikenakan bayaran untuk penyambungan semula, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Justeru katanya, pengguna yang mempunyai bil tertunggak dinasihatkan agar menjelaskan segera bil air mereka bagi mengelakkan tindakan tersebut.

Pengguna juga boleh mendaftar masuk ke laman web Twitter dan Facebook Syabas. - BERNAMA

Artikel Lain