suria

Penubuhan Majlis Media Kebangsaan Belum Ada Syor Muktamad

KUALA LUMPUR: Penangguhan penubuhan Majlis Media Kebangsaan adalah disebabkan Jawatankuasa Penyelaras Media yang diwakili pelbagai pihak masih belum membuat syor muktamad.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, keadaan itu jug disebabkan kuasa perundangan berkaitan media cetak terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sementara pengawasan am berada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Perkara berkaitan media massa adalah terpulang kepada KDN untuk membuat pertimbangan mengenai pelaksanaan majlis tersebut," katanya ketika menjawab soalan bertulis Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau dalam pada itu berkata, kewujudan majlis tersebut secara tidak langsung dapat mengawal pengisian maklumat terutama melalui media alternatif di dalam talian.

"Kami di KPKK amat mengalu-alukan penubuhan majlis itu dan satu langkah membina harus disegerakan oleh pengawal-pengawal media, katanya.

Khairy sebelum itu, mencadangkan media massa di negara ini dikawal sendiri oleh industri media supaya ia dilihat dengan lebih positif.

Artikel Lain