suria

Pelajar Lemas Ketika Mandi Di Kawasan Perkelahan

IPOH: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun mati lemas ketika sedang mandi di kawasan perkelahan Bukit Berapit, Taiping 95 Km dari sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner (ACP) Yusuf Mohd Diah berkata mangsa Eerfan Badrul Hisham, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang, di sini dikatakan mandi bersama keluarganya ketika kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat, katanya ketika di hubungi hari ini.

Ketika kejadian mangsa yang sedang mandi di kawasan perkelahan itu tiba-tiba gagal berenang lalu tenggelam dan lemas manakala bapanya yang turut berada di tempat itu gagal menyelamatkannya dan menghubungi pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat. - BERNAMA

Artikel Lain