suria

Muhyiddin Terima Kunjungan Perpisahan Pesuruhjaya Tinggi British

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan perpisahan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Boyd McCleary di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Antara isu yang dibincangkan semasa pertemuan perpisahan itu ialah mengenai keperluan bagi Malaysia dan United Kingdom untuk terus menjalin kerjasama erat dalam bidang perdagangan, pelaburan, pertahanan dan pendidikan.

McCleary, dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia pada Julai 2006 dan tempoh perkhidmatannya akan tamat akhir bulan ini.

Beliau akan menyandang jawatan sebagai Gabenor Jeneral di Virgin Islands di Carribean bulan depan. - BERNAMA

Artikel Lain