suria

MTUC Mahu Gaji Minimum Pengawal Keselamatan Tidak Ditangguh

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan agar tidak menangguhkan pelaksanaan tahap gaji minimum bagi 150,000 pengawal keselamatan yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Julai.

"Menteri Sumber Manusia yang mengambil masa tujuh tahun mengkaji semua pandangan dan perakuan sebelum mengumumkan keputusannya melaksanakan gaji minimun, tidak wajar berpatah balik hingga membiarkan majikan terus mengeksploitasi pekerja mereka dengan gaji hanya RM300 hingga RM400 sebulan," kata setiausaha agung MTUC G.Rajasekaran dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, kementerian itu berkata penangguhan itu bagi memberi masa kepada pihak industri menyelaras operasi mereka.

Penangguhan itu berikutan permohonan Persatuan Perkhidmatan Keselamatan Malaysia bahawa gaji baru itu mendatangkan implikasi terhadap kontrak sedia wujud.

Gaji baru itu membolehkan pengawal keselamatan mendapat gaji bawa pulang antara RM1,100 dan RM1,450 termasuk bayaran lebih masa dan elaun. - BERNAMA

Artikel Lain