Misi Bantuan Ke Gaza Diteruskan Walaupun Ada Tekanan Zionis - Semasa | mStar

Misi Bantuan Ke Gaza Diteruskan Walaupun Ada Tekanan Zionis

SINTOK: Misi kemanusiaan menghantar barangan makanan dan perubatan kepada penduduk Gaza akan diteruskan walaupun mendapat tekanan dan tentangan hebat daripada rejim Zionis.

Pengerusi Aqsa Syarif, Hasanuddin Mohd Yunus, seorang daripada aktivis dalam kapal Mavi Marmara yang ditahan oleh Zionis baru-baru ini, berkata semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat bersepakat akan meneruskan penyaluran bekalan keperluan biarpun terpaksa menghantar melalui jalan darat ataupun udara dalam usaha memastikan penderitaan penduduk di Gaza mendapat pembelaan.

"Misi bantuan kedua ke Gaza adalah bagi menyalurkan bantuan khususnya menyediakan persiapan menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba dan akan disambut oleh masyarakat Islam di Gaza," katanya kepada pemberita selepas majlis Wacana Flotilla Gaza: Tragedi Mavi Marmara di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini semalam.

Hasanuddin berkata misi bantuan kemanusiaan itu masih lagi dalam peringkat perbincangan dan berharap ia menjadi kenyataan.

"Peranan dan matlamat kemanusiaan akan diteruskan badan sukarelawan kerana ia mendapat sokongan dunia sekaligus menekan keegoan Israel," katanya.

Hasanuddin berkata NGO-NGO di Malaysia telah berbincang dengan Wisma Putra dan beberapa agensi bagi meneruskan penghantaran misi kemanusiaan gelombang kedua ke Gaza.

Wacana itu turut dihadiri seorang lagi sukarelawan Malaysia ke Gaza iaitu Dr Selamat Aliman, yang merupakan Ahli Jemaah Islah Malaysia, dan wartawan Astro Awani Ashwad Ismail.

Aqsa Syarif merupakan sebuah NGO Malaysia yang menyokong usaha-usaha murni membantu Palestin termasuk memberi bantuan kepada anak-anak yatim dan keluarga miskin di Palestin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain