suria

Global Peace Sokong Ketegasan Kerajaan Terhadap Israel

SEREMBAN: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengalu-alukan langkah kerajaan supaya diadakan satu sidang khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) September ini bagi mengecam Israel.

Beliau yang juga Penasihat Global Peace Organisation (PGPO) menyifatkan usul tersebut sebagai sesuatu yang tegas bagi pihak Malaysia.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan meminta Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Hamidon Ali mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon bagi menyatakan bahawa Malaysia adalah antara negara yang akan mengusulkan perkara tersebut.

"Lepas ini kita nak lihat apa yang akan dibuat oleh PBB khususnya Majlis Keselamatannya.

"Usaha untuk mengheret dan menghadapkan Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan juga Mahkamah Keadilan Antarabangsa merupakan satu tindakan yang tepat pada masanya," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain