Ghana Menang, Bapa Cedera Pada Telinga - Semasa | mStar

Ghana Menang, Bapa Cedera Pada Telinga

GUA MUSANG: Oleh kerana geram Ghana menang 1-0 ke atas Serbia dalam perlawanan bola sepak Piala Dunia malam tadi, seorang remaja telah bertindak menyepak bola di dalam rumahnya hingga terkena cermin tingkap dan mencederakan bapanya.

Rosli Mat Noor, 43, dari Ladang Chin Teck di sini mengalami pendarahan yang banyak apabila telinga kanannya terkena serpihan cermin tingkat tersebut, sehingga urat saraf di telinganya dikatakan terputus.

Beliau kemudiannya dirawat di Hospital Gua Musang dan menerima tiga jahitan.

Kejadian tersebut berlaku pada 10 malam ketika beliau sedang menonton pertandingan tersebut menerusi televisyen bersama anak sulungnya Mohd Rizal, 17.

"Tiba-tiba anak saya naik geram lalu menendang bola yang berada berhampiran kakinya dengan kuat menyebabkan bola terkena cermin tingkap lalu pecah.

"Serpihan kaca tingkap kemudiannya tercucuk di telinga saya. Saya ketika itu duduk berhampiran tingkap di ruang tamu," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan.

Rosli berkata pada mulanya beliau tidak menyedari serpihan kaca terkena telinganya, tetapi merasa pedih di telinganya.

Beliau lalu meraba telinganya dan mendapati tangan yang memegang telinganya itu berlumuran darah.

"Saya sempat menjerit kepada isteri saya memberitahunya menggenai perkara itu sebelum saya bergegas ke rumah jiran bagi mendapat bantuan untuk dihantar ke hospital.

"Saya kena tiga jahitan kerana doktor berkata ada urat telinga saya terputus terkena serpihan kaca cermin," katanya.

Mohd Rizal yang tidak menyangka perbuatannya menendang bola di dalam rumah boleh mencederakan bapanya telah memohon maaf kepada bapanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ghana Menang, Bapa Jadi Mangsa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain