suria

PAS Rancang Perhimpunan Rakyat Sebelum PRU

KOTA BARU: PAS merancang untuk menganjurkan himpunan rakyat secara besar-besaran sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, himpunan berkenaan penting bagi meningkatkan semangat rakyat untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kita akan buat satu mobilisasi rakyat bagi naikkan mood rakyat agar mereka menolak BN dalam pilihan raya nanti," katanya ketika menggulung perbahasan usul pada Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.

Bagaimanapun Mohamad yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi berkata, himpunan besar-besaran itu hanya dapat direalisasikan jika mendapat kerjasama daripada komponen Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Himpunan itu akan berlaku jika mendapat kerjasama daripada rakan kita dalam pakatan dan NGO-NGO," katanya.

Artikel Lain