suria

Najib Lawat Kelantan Rabu Ini

KOTA BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja sehari ke Kelantan, Rabu ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dalam lawatan kerja itu, Perdana Menteri dijadual menghadiri tiga program iaitu dua di daerah Kota Baharu dan satu di Tumpat.

Lawatan Najib dimulakan dengan program merasmikan cawangan baru Ar-Rahnu Bank Islam berhampiran bangunan Mara di Kota Baharu pada sebelah pagi.

"Pada sebelah petangnya, Perdana Menteri dijangka ke daerah Tumpat untuk menghadiri program bertemu dengan masyarakat bukan Islam," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-14 Koperasi Pekebun Getah Kota Baharu Bachok Tumpat Berhad di sini hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan kerjanya dengan menghadiri program Fiesta 2010 Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Baharu yang akan berlangsung pada malamnya. - BERNAMA

Artikel Lain