suria

Pelan Strategik ICT Di Perlis Siap Julai Ini

KANGAR: Pelan Strategik ICT yang dibangunkan bagi memantapkan sistem pentadbiran negeri Perlis dijangka siap sepenuhnya Julai ini, kata Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) Datuk Mohamad Zabidi Zainal.

Beliau berkata pelan strategik itu mula dibangunkan oleh Mampu dengan kerjasama kerajaan negeri kira-kira dua tahun lepas.

Mohamad Zabidi, 53, yang sebelum ini bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan Perlis selama lebih dua tahun dan memulakan tugas barunya sebagai Ketua Pengarah Mampu mulai 1 Jun, berkata demikian semasa berucap pada majlis menandatangani nota serahan tugas di sini hari ini.

Mohamad Zabidi digantikan oleh Datuk Azizan Hamid, 55, yang merupakan bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Melaka.

Majlis menandatangani nota serahan tugas antara Mohamad Zabidi dan Azizan disaksikan oleh Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain