suria

Pembayar Cukai Perlu Kemuka Borang Cukai Sebelum 30 Jun

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi peringatan kepada semua pembayar cukai yang mempunyai punca pendapatan daripada perniagaan, supaya mengemukakan Borag Nyata Cukai Pendapatan 2009 sebelum 30 Jun ini.

Jika gagal mengemukakan pada tarikh yang ditetapkan, pembayar cukai boleh didenda minimum RM200 dan maksimum RM2,000, atau penjara enam bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, kata LHDN dalam satu kenyataan.

Pembayar cukai digalakkan supaya menggunakan perkhidmatan e-Filing, memandangkan ia mudah, tepat dan selamat, kata LHDN. -BERNAMA

Artikel Lain