suria

Selangor Kesal Serangan Terhadap Ahli Majlis

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor memandang berat tindakan sekumpulan individu tidak dikenali yang menyerang Ahli Majlis dari Majlis Perbandaran Selayang, Lim Chin How semalam ketika beliau sedang menjalankan tugas.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rakyat perlu menghormati peranan ahli majlis yang mempunyai tugas berat untuk menjalankan usaha kebajikan.

“Jika terdapat apa-apa perkara tidak menyenangkan ataupun tidak bersependapat, mereka bolehlah melaporkan terus kepada kerajaan negeri supaya sebarang masalah dapat selesaikan dengan cara yang lebih beperikemanusiaan,“ katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, beliau amat kesal dengan perbuatan jenayah itu kerana ia tidak sepatutnya berlaku kepada seorang ahli majlis yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar pihak polis mengambil tindakan tegas dan menjalankan siasatan secara profesional dalam perkara ini agar mereka yang melakukan keganasan itu dibawa ke muka pengadilan.

Artikel Berikut

18 Kes Baru H1N1

Artikel Lain